CHECKLIST UNTUK BERPANTANG

By Permata Malap - 10:00 am

Dah masuk 7 bulan usia kandungan ni, kenalah prepare barang-barang untuk berpantang juga. bukan apa, manalah tau kena bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan, kan haru tu..

So, di bawah merupakan list barang-barang semasa berpantang nanti..

1. Set berpantang 
Kali ni, IbuNoey tak beli satu set. beli asing-asing je sebab pengalaman sebelum ni, banyak benda yang IbuNoey tak pakai pun. dulu, guna set bersalin Afiat. memang ok sebab ada barut berherba tapi IbuNoey tak boleh pakai barut tu sebab kulit IbuNoey merah-merah dan gatal. jamu kat dalam set tu pun tak habis.
2. Tungku bayi
Kalau masa AniqFiras dulu, mak mertua pakai daun sirih yang dilayur sikit-sikit pada seterika. memandangkan kali ni berpantang sendiri, IbuNoey ambil keputusan nak beli tungku bayi berherba yang hangat di pasaran tu. harga paling murah pun RM10 belum termasuk pos (belian online). dan beberapa hari yang lepas, dah beli kat kedai herba. harganya? RM15. kecik comey je tungku ni. suka sangat.
3. Tungku ibu
Ni nak pakai yang jenis besi tu. belum beli juga sebab kalau survey harga, boleh tahan agak mahal. nanti nak survey kat expo dulu. tapi kalau ibu mertua datang KL dalam waktu terdekat ni, nak pinjam tungku batu sungai turun temurun beliau la.. jimat...
4. Set berpantang shaklee 
Ni memang masuk list. sebab IbuNoey rasa berbaloi kalau guna Shaklee ni. tapi nak ambil set percubaan dulu. kalau ok dengan badan, in shaa Allah akan diteruskan. dah order dah dengan budak ofis.
5. Param, tapel dan pilis
IbuNoey beli yang jenama Air Mancur. ni keluaran Indonesia. serasi dengan kulit IbuNoey. masa bersalinkan AniqFiras, mak mertua memang beli jenama Air Mancur ni. masa keguguran tempohari pun IbuNoey guna. selesa sangat.. tapi param tak beli lagi..
6. Set pengurusan uri
Sekarang ni rasanya dah top dah benda nih. IbuNoey pilih nak beli barang ni sebab mudah dan lengkap. al-maklumlah, kena berpantang sendiri kali ni. dalam set ni, lengkap dengan tembikar, asam jawa, garam, glove, kain putih, dan manual cara pengurusan uri. harga online paling murah RM35 belum termasuk pos. cadang nak survey kat Maternity&Children's Expo hujung bulan ni.
7. Minyak panas
Ni untuk sapu kat kaki sebelum pakai stokin. rasanya nak guna minyak panas yang sedia ada. minyak tu IbuNoey guna masa keguguran tempohari. jadi ada banyak lagi, guna je la yang sedia ada kan?
8. Stokin panjang
Perlu ada 3 pasang kalau ikutkan pengalaman IbuNoey. so far, dah mencukupi.
9. Stokin pendek
Nak ada 4 pasang. setakat ni dah ada 3 pasang. jadi nak tambah sepasang lagi. tapi kalau tak tambah pun tak pe..
10. Kain batik
Setakat ni kain batik IbuNoey tak banyak mana. ada 4 helai je. masa berpantang kat rumah mak mertua dulu best, sebab mak mertua bagi pinjam kain batik. so, kena cari 3 helai lagi la...

Ok, to be continued.. nanti berpinar mata...

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. hehe jijah masa pantang kan beli set pntang air mancur tu.. xpakai pon kak.. jijah guna set shaklee jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak selesa dengan pilis dan tapel wangi Air Mancur tu..;)

      Delete
  2. ooo, terima kasih kasi info menarik ni.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.