Semalam, dengan rasminya IbuNoey telah menjadi surirumah sepenuh masa. dok jaga AniqFiras, dok masak untuk makan tengahari, dok basuh kain, dok lipat kain, dok kemas bilik. wah, happynya rasa sebab dapat jadi surirumah sepenuh masa.
Tapi jangan salah sangka... hanya semalam je IbuNoey jadi surirumah sepenuh masa. hari ni, kembali menjadi pekerja yang waktu bekerjanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. semalam menjadi surirumah sepenuh masa sebab pengasuh AniqFiras bercuti sehari. AyahMal pula tak boleh nak cuti sebab dia ada latihan menembak semalam. nak bagi ayah IbuNoey tolong jaga, tak berani pula sebab orang tua tu ada darah tinggi. jadinya, IbuNoey la ambil cuti. itupun secara tergesa-gesa sebab mulanya AyahMal kata dia boleh cuti. tapi elok juga dia pergi latihan menembak semalam, ada peluang IbuNoey nak pergi expo..
Orang yang paling seronok tentunya AniqFiras.... nak tengok tv, ajak IbuNoey. nak main perang-perang, ajak IbuNoey. nak makan biskut, ajak IbuNoey. pendek kata semua nak ajak IbuNoey. tapi kalau hujung minggu, tak de pula nak bermanja lebih-lebih macam tu. haih, anak.
~menghargai masa yang ada amat menenangkan~
5 berkongsi idea
Tugas surirumah adalah tugas yang perlu mendapat penghormatan yang selayaknya oleh masyarakat. Ada sesetengah orang, memandang remeh akan tugas-tugas surirumah ini. Walaupun surirumah tidak bergaji dan dianggap tidak 'memberi' sumbangan pada ekonomi, hakikatnya peranan dan tanggungjawab surirumah terhadap masyarakat melalui mendidik anak adalah lebih besar berbanding profesion-profesion lain di luar sana.
ReplyDeleteyup,betul tu..sebab tu ramai juga wanita di luar sana yang bekerjaya begitu teringin untuk menjadi surirumah sepenuh masa. tapi adakalanya keadaan tidak mengizinkan...dan tentunya arwah mak saya adalah idola saya sepanjang masa kerana beliau begitu kuat untuk menguruskan anak-anak seramai 9 orang..
Deletebestnya..
ReplyDeletelatihan menembak?
polis ke tentera tu cik suami.hihi
sibuk je chef su ni ye.hahaha
hehe..tentera,cik sue..;)
DeleteJadi surirumah kena melatih diri jadi pekak badak, cuba renung kembali, kita susah orang akan ketawakan...jadi jangan pening kepala dgr apa yang org perkatakan..kita senang, jg anak dan laki sendiri..
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.