PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG

By Permata Malap - 11:00 am

Orang Melayu dulu-dulu cukup banyak pantang larang kan... jadi kali ni IbuNoey nak kongsikan serba sedikit pantang larang semasa mengandung.

1. Jangan bunuh binatang
- Reasonnya, dikhuatiri anak terkenan dengan binatang yang dibunuh. yang ni mestilah tak boleh kan. sedangkan sebagai manusia biasa pun kita tak boleh membunuh binatang sesuka hati. tapi kalau bintang tu memudaratkan, mestilah kena bunuh. tapi ada panduan tertentu juga.

2. Jangan lilit kain/tuala di leher atau rambut
- Reasonnya, dikhuatiri baby terbelit ngan tali pusat. masa mengandungkan AniqFiras dulu, IbuNoey tak de la lilit tuala/kain kat leher. cuma masa nak keringkan rambut je mesti nak lilit. masa dok kat rumah sendiri je la. bila dah dekat nak due (sebab dok rumah mak mertua), tak buat dah. so far, tak ada masalah pula dengan kes terbelit tali pusat ni.

3. Jangan mandi malam
- Reasonnya, dikhuatiri air ketuban terlalu banyak. masa mengandungkan AniqFiras dulu, memang IbuNoey banyak sangat air ketuban. melimpah-limpah keluar. tapi itu mungkin disebabkan faktor genetik.. hehe..

4. Jangan mengetuk dinding rumah
- Reasonnya dikhuatiri terjadi kes uri melekat pada dinding rahim selepas bayi telah dikeluarkan. ikut pengalaman IbuNoey, masa mengandungkan AniqFiras, IbuNoey cukup suka nak ketuk paku kat dinding rumah. maklumlah, masa tu baru berpindah rumah. jadi nak gantung segala frame gambar. dan al-hamdulillah, masa melahirkan AniqFiras, elok je uri tu keluar.

5. Jangan banyak minum ais
- Reasonnya, dikhuatiri saiz bayi besar. masa mengandungkan AniqFiras dulu, IbuNoey pun suka minum ais. tapi berat AniqFiras masa dilahirkan hanya 2.95kg. 

6. Suami jangan memancing ikan
Reasonnya, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan bermulut sumbing. masa mengandungkan AniqFiras dulu, AyahMal memang tak pergi memancing pun. bukan sebab pantang larang ni, tapi sebab tak nak tinggalkan IbuNoey sorang-sorang kat rumah. masa mengandung kali ni pun sama jugak. 

7. Jangan suka tengok benda yang pelik-pelik
- Reasonnya, dikhuatiri anak yang lahir akan terkenan. 

8. Dilarang potong rambut
- Reasonnya, dikhuatiri melahirkan anak secara pembedahan. tapi sebenarnya, kita tak digalakkan memotong rambut semasa hamil sebab untuk memudahkan kita semasa berpantang nanti. ye lah, masa berpantang kan kena ikat/sanggul rambut tinggi-tinggi untuk mengelakkan masuk angin. kalau rambut pendek, nak ikat macam mana kan?


Rasanya itu je yang dapat IbuNoey kongsikan. ada banyak lagi petua yang lain. boleh try search ye..

  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. Bagus kongsi-kongsi petua ni. Rasanya, bidan-bidan dulu rajin pesan kat kaum-kaum ibu tentang pantang larang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tua dulu memang berpegang pada kepercayaan macam ni kan..;)

      Delete
  2. Org2 tua dulu mmg byk pantang larang kan..hehe..sume ada sebab musababnya, ada yg betul ada tu secara kebetulan je..ni baru ingt nak potong rambut sebab serabut dah start panjang and gugur.. harap2 sume ok kan Noey :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kadang-kdang ada yang boleg diguna pakai..

      Delete
  3. Petua yang berguna ini, ramai yang tak tahu semua ini sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tapi kita tak boleh terlalu percaya..nanti syirik pulak..;)

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.