Idea Tak Putus Untuk Entri

By Permata Malap - 11:30 am


cara buat blog


Wah... tajuk cam gempak.. sebenarnya, malu nak kongsi.. maklumlah, IbuNoey ni baru tahun ni ber'blog'... tapi IbuNoey nak minta pendapat bloggers lain yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni.. so, kepada otai-otai blogger, sudi-sudilah komen entri IbuNoey. minta kongsi pendapat samada betul ke tak cara yang IbuNoey praktikkan nih..

Okey, IbuNoey ni tak adalah pro sangat dalam bab penulisan ni. cuma dulu masa sekolah menengah, IbuNoey sangat suka buat cerpen. tapi tak pernah hantar kat mana-mana pun. IbuNoey cuma bagi kawan-kawan sekolah yang berminat untuk membacanya. rasanya lebih daripada sepuluh cerpen IbuNoey hasilkan. tapi lebih kepada cerita cinta monyet la. sebab masa tu kan dalam alam persekolahan.... kadang-kadang, IbuNoey join contest penulisan dalam akhbar atau majalah. contohnya, pengalaman mimpi, pengalaman lucu, luahan pendapat.. ada jugak penulisan IbuNoey masuk dalam akhbar dan majalah masa tu. dapatlah hadiah saguhati... tapi bila dah habis persekolahan, IbuNoey dah tinggalkan semua tu.. dan sekarang ni, IbuNoey berminat pula nak ber'blog' hanya kerana IbuNoey ternampak blog abang kandung IbuNoey yang wujud tapi tak ber'update'.. 

Eh, eh, panjang berjela pula simpang siur nih.. okla, now IbuNoey ceritakan macam mana IbuNoey nak pastikan supaya IbuNoey sentiasa ada entri.. IbuNoey ni bukanlah jenis orang yang sentiasa ada idea setiap hari. jadi, bila IbuNoey ada idea jer, IbuNoey cepat-cepat catit. selalunya, IbuNoey catit dalam diari kat handphone kalau masa tu tak sempat nak buka laptop atau tengah melayan AniqFiras. lepas tu, baru taip balik kat laptop bila ada kesempatan. memang letih la sebab kena buat kerja dua kali. tapi puas hati laa. IbuNoey tak suka nak langgan internet melalui mobile. sebab jarang guna kan, macam tak berbaloi la.. 

Satu lagi, bila IbuNoey ada idea masa AniqFiras tengah tidur dan tak ada kerja rumah yang perlu dibuat, IbuNoey cepat-cepat buka laptop dan taiplah idea yang tengah mencurah-curah tu. kalau dulu, IbuNoey terus publish. tapi sekarang ni, IbuNoey buat schedule untuk pastikan entri IbuNoey keluar pada masa yang agak sesuai. selalunya, IbuNoey buat satu entri satu hari. tapi kalau dalam sehari tu idea ada lebih daripada dua, so, hari ni publish dua, yang bakinya lagi publish esok atau lusa.. cara ni baru je IbuNoey praktikkan. mesti otai bloggers pun ada buat macam ni kan?

Rasanya itu je kut cara yang IbuNoey buat setakat ni untuk pastikan IbuNoey sentiasa ada idea untuk entri.. sebenarnya, ia lebih kepada cara IbuNoey untuk pastikan blog IbuNoey sentiasa ada entri setiap hari. tapi tajuk entri ni mestilah gempak kan untuk menarik minat pembaca.. hehe.. jangan marah.... kalau marah, tak boleh berhari raya...

Okla, sudi-sudilah komen yer..


  • Share:

You Might Also Like

8 berkongsi idea

  1. ehe
    baguslah sll ada citer nak up entry
    akak ni sll ketandusan citer
    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe,kak..akak rajin2 blogwalking..kdg2 bila Noey blogwalking, adalah idea sikit nnt..

      Delete
  2. Akak kalau tak ada tempahan blog...memang ada jer idea hihihi

    ReplyDelete
  3. sama macam saya.. dulu pun saya wat camtu jugak.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. y ke,kak...hehe..nampaknya,mesti akak ada byk tips kan..

      Delete
  4. wah kak..bagus2 semakin maju jaya dlm berblog :) teruskan usaha..hehe

    kak buat la pop up komen.. senang nak komen banyak2..hehe

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.