ANGAN-ANGAN BERSALIN

By Permata Malap - 9:30 am

Hehe..huhu..hihi... hari ni dah masuk 34 weeks.. 6 minggu je lagi.. lama ke? tak lama dah tu... berdebar-debar..

Dalam pada berdebar-debar tu, IbuNoey dok sibuk pasang angan-angan indah masa bersalin nanti, tak kiralah masa kat wad atau bilik bersalin nanti. tapi sebenarnya lebih kepada nak menyenangkan hati sendiri yang tengah seriau teringatkan pengalaman bersalin sebelum ni..

Angan-angan yang pertama, tak nak minum air selusuh awal sangat. sebabnya air selusuh tak boleh diminum terlalu awal seperti yang IbuNoey bagitau dalam entri Waktu Sesuai Minum Air Selusuh. mungkin dengan cara tu boleh mengurangkan kesakitan kontraksi. at least mungkin kurang sikit sakitnya berbanding masa nak bersalinkan AniqFiras. in shaa Allah...

Angan-angan kedua, masa tengah sakit kontraksi, nak amalkan teknik pernafasan yang betul. tarik nafas guna hidung dan hembus guna mulut.. lepas tu, nak banyakkan berjalan-jalan. sambil-sambil tu, boleh dengar ayat-ayat al-Quran. tapi kalau air ketuban dah pecah, boleh lagi ke nak berjalan-jalan?

Angan-angan seterusnya, nak update status dalam Facebook. eheh, optional je nih...tak semestinya dapat buat.. apa yang penting kena banyakkan selawat dan doa untuk dipermudahkan.

~ni angan-angan ke perancangan?~


  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. IbuNoey, saya kalau nak bersalin wajib ambik air musoffa, baca al-fatihah dan selawat.. doa banyak-banyak moga dipermudahkan...Saya akan start ambik air musoffa seminggu sebelum due... Boleh la nak try :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sharing..in shaa Allah dipermudahkan..;)

      Delete
  2. kalau air ketuban licking masih boleh berjalan.. cume kene keep dehydrate.. minum banyak air.. nak replace balik air yang da hilang tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanx sharing..IbuNoey dulu masa nak bersalinkan AniqFiras ketuban pecah dulu.tapi tak boleh nak berjalan sebab kontraksi sangat kuat..dok terbaring jer..;)

      Delete
  3. in shaa ALLAH semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.