BAJET 2014 ADA KEUNTUNGANKAH?

By Permata Malap - 12:30 pm

Sumber dari Astro Awani

Lambat sangatlah IbuNoey ni mengikuti perkembangan semasa.. hehe.. tak de lah.. kalau bab bajet ni, IbuNoey laju je tau.. sebab apa? sebab nak tengok kut ada pertambahan gaji atau elaun ke.. rezeki namanya. bukan tak bersyukur dengan apa yang ada.. tapi kalau ada yang sudi memberi, kita menerima je la kan? hehehe..

So, tahun ni, tak ada pertambahan gaji atau elaun bagi kakitangan awam. tak pe lah. tahun sebelum ni dah ada kenaikan gaji... dan tahun ni pun tak ada pertambahan elaun untuk skim IbuNoey. tak apalah, belum rezeki.. tapi bonus macam biasa, tetap ada. dan al-hamdulillah, dapatlah bonus separuh gaji. tapi yang tak seronoknya, AyahMal punya bonus dua kali ganda daripada IbuNoey. sungguh jeles. tapi tengok jugaklah servisnya dah berapa tahun.. IbuNoey baru nak masuk 5 tahun sedangkan AyahMal dah nak masuk 10 tahun.. hehe, kan beza tu. apa-apapun bersyukur dengan rezeki yang ada.

Apa yang best lagi untuk Bajet 2014 nih? hah, bab BR1M le.. dah naik tu.. had kelayakan pun dah naik. sayangnya, walaupun had dah naik, kami masih tak layak untuk menerima BR1M. sob..sob..tak apalah, bersyukur dengan apa yang ada.. tapi IbuNoey masih boleh menumpang nikmat BR1M ni daripada adik lelaki IbuNoey. memandangkan dia dah bekerja sekarang dan dia layak menerima BR1M, IbuNoey nak menumpang seringgit dua la daripada dia. hehe.. adik beradik, takkan tak nak share kan..

Rasanya itu je pasal Bajet 2014 yang ada kena mengena dengan IbuNoey. siapa-siapa yang nak tahu lebih lanjut berkenaan Bajet 2014, bolehlah layari laman web TreasuryMalaysia. klik je nama tu, nanti terus direct link kepada ucapan Perdana Menteri kita.

  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. jijah rasa baik kenaikkan gaji tiap tahun.. sbb bonus cepat habis..huuu nasib BR1M dapat..tp xtahu dapat lagi ke tak nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,jijah.akak pun lebih prefer dapat kenaikan gaji.bonus ni sekali pakai je dah habis.tapi tak pela,bersyukur dengan apa yg ada..hehe..

      Delete
  2. orang besar jer naik gaji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,kak..hehe..kita tumpang tengok jer kan..

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.