CARA GUNA DAVID OVULATION TEST

By Permata Malap - 11:00 am



1. Kitaran haid
- Mula-mula kena tentukan dahulu berapa tempoh satu kitaran haid kita. cara nak kira, tentukan hari pertama kita datang haid. contoh hari pertama datang haid pada 1hb Mei. kemudian, tentukan hari pertama kita datang haid berikutnya. contoh hari pertama haid berikutnya pada 29hb Mei. maka, jumlah satu kitaran haid kita adalah 28 hari. 

2. Waktu mula
- Selepas dah tahu tempoh kitaran haid, bolehlah mula guna tester ni mengikut panduan di bawah.

21 hari/22hari - hari ke-6(iaitu 6hb Mei)     

23 hari/24 hari - hari ke-7(iaitu 7hb Mei)

25 hari - hari ke-8 (iaitu 8hb Mei)

26 hari - hari ke-9 (iaitu 9hb Mei)

27 hari - hari ke-10 (iaitu 10hb Mei)
28 hari - hari ke-11 (iaitu 11hb Mei)
29 hari - hari ke-12 (iaitu 12hb Mei)
30 hari - hari ke-13 (iaitu 13hb Mei)
31 hari - hari ke-14 (iaitu 14hb Mei)
32 hari - hari ke-15 (iaitu 15hb Mei)
33 hari - hari ke-16 (iaitu 16hb Mei)
34 hari - hari ke-17 (iaitu 17hb Mei)
35 hari - hari ke-18 (iaitu 18hb Mei)

3. Sampel dan rendam
- Ambil sampel urin menggunakan bekas yang disediakan. pegang strip secara menegak dan rendam ke dalam sampel urin. jangan rendam melebihi garisan tahap maximum yang terdapat pada strip. rendam dalam lebih kurang 30 saat.

4. Keputusan
- Letak strip pada kawasan rata dan kering secara mendatar. tunggu sehingga garisan merah muncul. terdapat dua garisan merah yang akan muncul (gambar seperti di bawah). jika garisan menunjukkan seperti garisan di sebelah kiri, maka ovulasi akan berlaku sekitar 24-48 jam berikutnya. jika garisan menunjukkan seperti garisan di tengah, maka tiada ovulasi dalam waktu terdekat. jika garisan menunjukkan seperti garisan di sebelah kanan, ujian adalah error dan perlu mengambil ujian sekali lagi.


5. Teruskan ujian
- Anda mesti teruskan ujian pada hari berikutnya jika garisan adalah seperti garisan di tengah sehinggalah ujian mencapai garisan seperti garisan di sebelah kiri. dalam masa yang sama, anda bolehlah mula 'bersama' suami sekiranya garisan muncul seperti garisan di tengah (kanan sahaja).



  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.