Kenangan terakhir di JPAM - terlibat di dalam pertandingan mencipta bunting mewakili Bahagian Kewangan. Syukur al-hamdulillah, walaupun buat draft di petang hari sehari sebelum pertandingan, dapat jugak tempat kedua (menurut bos besar Bahagian Kewangan). Itupun kalau rezeki lebih, mungkin boleh dapat tempat pertama. Sayangnya format logo pula salah. Sepatutnya logo jabatan perlu diletakkan di atas dan bersebelahan dengan jata negara. Akibat miscommunication, maka...
Parking sini untuk rujukan diri sendiri. Adakah sudah tiba masanya untuk menarik diri dari ASB? Tahun ni tak banyak untung oo. Setakat belas ringgit je. ...
Sekadar perkongsian dan peringatan bersama. Semoga kita tidak memandang seseorang dengan sebelah mata hanya kerana dia pernah melakukan kesilapan. Percayalah, seseorang itu mungkin boleh berubah kepada positif sedangkan kita belum tentu akan kekal positif. What goes around comes around, right? ...
Hari ni dah masuk hari ketiga IbuNoey bertugas di MITI. So far memang ada perbezaan suasana. Terutamanya kena bangun awal sedikit daripada sebelum ni. Ahahaha. Tapi sampai opis pun agak awal juga sebab musim cuti sekolah kan. Manalah nak jammed sangat. Agaknya kalau dah buka sekolah nanti, memang sampai dekat-dekat waktu gak. Bila jadi freshie ni, memang kena duduk melangok dulu la dalam...
Ketika entri ini keluar, mungkin IbuNoey dah selamat masuk ke pejabat baru. Mungkin sedang berkenalan dengan kawan-kawan sepejabat yang baru. Atau mungkin juga masih duduk di pejabat Bahagian Sumber Manusia sementara menunggu penempatan. Apa-apapun, doakan kejayaan IbuNoey di tempat kerja yang baru ye. Ups, lupa pula nak buat pendahuluan. Sebenarnya IbuNoey dapat bertukar ke MITI. Selama ni, tak pernah IbuNoey cerita pasal nak...







Minggu lepas, dengan jayanya, IbuNoey telah menghasilkan kek buatan sendiri khas untuk anak teruna yang dah menginjak usia 4 tahun. Kek biasa-biasa je. Yang pasti, baik Firas, mahupun Farhan dan AyahMal memang makan dengan berselera. Dorang lebih suka makan kek moist berbanding kek butter atau sponge. Itu yang lagi teruja nak buat tu. Walaupun masa tu mata kiri masih kurang jelas penglihatannya tapi...
Sayangnya, ianya takkan menjadi NEVER tetapi akan menjadi ALWAYS. ...
26 November tempohari, genap 5 tahun usia pernikahan IbuNoey dengan AyahMal. Al-hamdulillah, segala suka duka dan jerit perih rumahtangga kami berjaya atasi bersama. Bohonglah kalau dalam rumahtangga tiada perselisihan fahan kan. Yang penting kena bijak mengawal situasi. Dan al-hamdulillah juga sebab AyahMal sentiasa bertolak ansur dalam kebanyakan hal. Tapi yang sedihnya, tahun ni kami sambut anniversary pernikahan di hospital. Puncanya? IbuNoey terkena sakit...
Hari ni dah masuk hari ke-5 IbuNoey sakit mata. Nak buat kerja memang payah. Kesian anak-anak tak terlayan. Nak buat macam mana, mata tak boleh nak buka. Cuma hari ni je boleh buka dengan jayanya. Tu pun pemandangan sebelah kiri memang kabur. Macam ada kabus-kabus gitu. Tapi mujur AyahMal ada. Mata IbuNoey ni dah lama bermasalah. Seingat IbuNoey, ada beberapa kali IbuNoey berkongsi...
Awal pagi lagi dah join Giveaway. Ahahaha. Of course la. Empunya Giveaway ni memang agak 'rapat' dengan IbuNoey dalam alam maya. Dah banyak kali juga IbuNoey join Giveaway anjuran blogger yang IbuNoey gelar Chef Su ni. Yang bestnya bila join GA Chef Su, dia siap letak tarikh senarai pemenang diumumkan. So, risiko terlepas pandang pengumuman pemenang tu amatlah rendah. Boleh letak siap-siap dalam...
Semalam, sebelum tidur, belek-belek facebook dulu. Skrol down, tengok-tengok kalau ada info atau panduan yang boleh dikongsi. Manalah tahu nanti boleh up entri berpandukan semua tu kan. So, skrol punya skrol, terjumpa 'sesuatu' yang dikongsi oleh kenalan Facebook IbuNoey. So, IbuNoey amati dan lihat gambar tu. Nak tengok? Nah, ni dia. Maaflah, IbuNoey cuma ambil gambar sahaja. IbuNoey tak ambil screenshot komen orang...
Masa kecil-kecil dulu, makanan wajib kami sekeluarga adalah ikan. Maklumlah, harga makanan laut di Sabah kan murah. Sampai ke hari ni pun harga makanan laut tetap murah. Kalau kena musimnya, sekilo ikan basong (ikan sardin) hanya berharga RM2.00! Memang pulun la kan. Kalau digoreng lepas tu makan dengan nasi panas, cicah pula dengan sambal kicap, memang terangkat la. Dalam pada terangkat tu, kadang...
[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join] Hadiah : RM50 Cash x 10 pemenang Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015 UPDATE : GA dah tamat. Tak tersenarai sebagai pemenang. ;( ...
Lupakan apa yang telah berlaku, hargai apa yang ada, sentiasa pandang ke hadapan. ...
Doa Mudah Mendapat Rezeki. Ya Allah, jika rezekiku di langit, turunkanlah ia. Jika rezekiku di bumi, keluarkanlah ia. Jika rezekiku lambat, percepatkanlah ia. Jika rezekiku sedikit, perbanyakanlah ia Jika rezekiku sukar, permudahkanlah ia. Jika rezekiku haram, sucikanlah ia. Salam Jumaat semua. Semoga hari ini memberi keberkatan dalam hidup kita. Zaman sekarang ni, kos sara hidup makin meningkat. Serba-serbi harga naik. IbuNoey sendiri adakalanya...





Hari Jumaat lepas, minta kebenaran keluar sekejap daripada bos. Tujuan utama, nak buat kad pengenalan untuk Firas dan Farhan iaitu MYKid. Destinasi pilihan mestilah yang paling dekat iaitu di UTC Keramat Mall ni. Sebelum ni, dah pernah berurusan untuk renew lesen memandu dan kad pengenalan. So, dah tahulah selok belok UTC Keramat Mall ni. Kalau nak tahu apa kementerian/jabatan/agensi yang ada dalam UTC...



Giveaway CINTA by CN Klik banner untuk join Assalamualaikum dan salam sejahtera Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah...
Ahaha.. Mesti ada antara korang yang macam ni bila bos tak ada, kan? ...
Masa untuk join GiveAway. Ni adalah Giveaway pertama pada bulan ni yang IbuNoey join. So, korang yang berminat nak join dan support sesama bloggers, jom klik banner di atas. Hadiah 3D Puzzle menanti bakal pemenang. My Mind : Best juga kalau dapat hadiah ni. Boleh menguji ketajaman mata walaupun hakikatnya sekarang dah bermata 'empat'. ...
Dek kerana AyahMal teringin nak ada set home teater, adik lelaki dengan murah hatinya beli speaker cinonet ni. Keluaran SonicGear, diberi nama Titan7. Hehe. Sebenarnya IbuNoey pun tak tahu sangat pasal speaker ni. Adik lelaki cakap speaker ni murah je. Tapi tak tahu pula dia beli kat mana. Pendapat IbuNoey tentang speaker ni, walaupun tak semegah home teater, tapi sound dia berpatutan. Kalau...
Dapat gambar ni dalam Whatsapp group. Bos paling besar yang hantar. So, pada yang empunya gambar ni, minta halalkan untuk dikongsi ye. ...
Terjumpa gambar ni dalam Facebook. Tertarik dengan ayat-ayat dia, terus ambil. Tapi lupa ambil kat siapa. Ada yang tak faham beberapa perkataan di atas? Mari IbuNoey explain. Urang - Orang Paduli - Peduli Kasi - Bagi Baras - Beras Andang- Memang Isap - Hisap Tantu - Tentu Pikiran - Fikiran Bila Sabahan berbicara, memang sedap didengar. Sabahan mesti setuju kan. Tapi untuk ayat-ayat...
Simpan siap-siap dalam blog. Manalah tahu ada rezeki lebih bulan Disember ni, boleh buat untuk birthday party anak-anak. Tengok gambar tu macam senang je nak buat kan? ...
Adsense kena tarik balik. Adsense oh, adsense. Kenapa sekejap timbul, sekejap tenggelam. Baru sahaja nak melonjak keriangan, dah sayu dalam harapan. Bilakah sinar akan kembali semula? Deh, bermadahlah pula. Kisahnya, sebelum ni, dalam entri Adsense Muncul Juga, IbuNoey agak rasa bertuah sebab telah dipilih oleh pihak adsense. Dan semenjak tu, rajinlah update blog. Tapi dalam seminggu selepas tu, dapat email macam kat atas...
Hari ni entri simple sahaja. Entri on the spot. Kalau ada sesiapa yang tengah sakit, tekap ibu jari kanan pada tempat yang sakit dan bacalah doa ni. In shaa Allah berkesan. Semasa muda remaja dulu selalu kena ketumbit. Selepas amalkan doa ni, ketumbit cepat hilang. Dalam Hati Kecil : Risaukan Firas yang sakit jari. Dah nampak lebam dan bengkak. Harapnya tak ada apa...
Sentiasalah bersyukur jika Allah memberikan ujian kepada kita kerana dengan ujian itulah kita akan sentiasa dekat kepada-Nya. Berwaspadalah jika terlalu banyak nikmat yang diberikan kepada kita kerana ianya mungkin akan menyebabkan kita semakin jauh daripada-Nya. Ingatlah, sedangkan Nabi Muhamad s.a.w. sendiri perlu menghadapi kesukaran dan dugaan di dalam menyebarkan agama Islam. Bukankah kita yang hanya bergelar insan biasa ini juga perlu ada dugaan...
Sebelum ni, IbuNoey pernah kongsikan resepi Nasi Kuning Tawau versi periuk nasi elektrik. Kali ni IbuNoey nak transform resepi Nasi Kuning Tawau kepada versi Noxxa. Lagi cepat dan mudah serta dijamin menjadi punya la. Ok, bahan-bahannya mungkin berbeza sedikit daripada resepi sebelum ini. Terpulang kepada korang nak follow bahan versi mana. Yang penting cara masaknya kena tahu ye. Bahan-bahan untuk nasi Beras biasa...




Bulan ni, usia Farhan dah cecah 1 tahun 10 bulan. Macam-macam perangai dan keletah dah. Kadang pening kepala melihatnya tapi terhibur sebab nampak dia semakin bijak hari demi hari. Korang tahu tak apa antara keletah anak-anak sekitar usia 1 hingga 2 tahun? Jom, IbuNoey kongsikan. Makan Sendiri Selalunya, anak kecil dah boleh suap makanan sendiri sebelum usia satu tahun. Tapi faham-faham je la,...
NO ONE CAN SINCERELY TRY TO HELP ANOTHER WITHOUT HELPING HIMSELF. Maksudnya: Tak ada sesiapa yang ikhlas nak tolong orang lain melainkan ada kepentingan. TRUE or NOT? ...
Satu Muharram detik permulaan Perkiraan tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan umat Islam Dari kota Mekah ke kota Madinah Atas keyakinan dan iman yang teguh Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu Rela berkorban harta dan nyawa Demi menegakkan Islam tercinta Hijrah itu pengorbanan Hijrah itu perjuangan Hijrah itu persaudaraan Hijrah membentuk perpaduan Oleh itu mari semua Kita sambut Maal Hijrah Tekadkan semangat Tegakkan syiar...
Selain daripada menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan, ais juga mampu mengurangkan rasa sakit yang menyerang tubuh. Berikut beberapa cara bagaimana untuk sihat dengan menggunakan ais sahaja. 1. Jika punggung anda berasa sakit, letakkan ais pada bahagian yang sakit. In shaa Allah rasa sakit tersebut akan beransur hilang seiring dengan cairnya ais tersebut. 2. Bagi anda yang mengalami sakit kepala atau migrain, bolehlah mencuba...




Wah, pejabat IbuNoey dah ada kotak kitar semula. Diulangi, kotak kitar semula ye. Bukan tong kitar semula. Selain ringan dan mudah alih, warna dan bentuknya juga menarik minat. Dari jauh lagi dah boleh nampak. Sebenarnya apa maksud kitar semula ni ya? Ini definisinya. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal...
Doa cukup keperluan. Doa mencukupkan keperluan diri keluarga "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan Selain DIA. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan DIA adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung." Surah At-Taubah, ayat 129 ...
Sekarang ni, kos hidup makin meningkat hari demi hari. Kalau yang bergaji tinggi dan ada pendapatan sampingan tu, mungkin tak terasa sangatlah. Bagi keluarga yang ada ramai anak, pendapatan pun cukup-cukup makan, tak ada sumber pendapatan sampingan, memang sakit rasanya nak pastikan duit sentiasa mencukupi sehingga hujung bulan. Jadi, di kesempatan ini, IbuNoey nak kongsikan sedikit tips untuk jimat cermat supaya yang tak...
Benarkah rakyat Sabah sudah tidak menerima kehadiran Tun Mahathir? Benarkah majlis Tun Mahathir di Tawau baru-baru ini tidak mendapat sambutan? Benarkah majlis tersebut dihadiri kurang daripada 100 orang? Benarkah berita seperti yang digembar-gemburkan oleh salah satu laman web politik di Malaysia itu? Atau ianya hanya satu helah? Helah untuk menjatuhkan air muka Tun Mahathir? Helah untuk memperlekehkan perjuangan Tun Mahathir? Helah daripada seseorang...
Nak dapat riben yang cantik? Mudah je kan? ...
Good people are like candles; they burn themselves up to give other light. Maksudnya : Orang yang baik adalah seperti lilin; membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain. ...
Tahukah anda dalam melakukan Ujian Kehamilan menggunakan Urine Pregnancy Test atau lebih dikenali dengan nama UPT, terdapat beberapa peraturan untuk memastikan anda mendapat keputusan yang tepat? Berikut beberapa panduan penggunaan UPT yang betul: 1. Digalakkan untuk melakukan ujian di awal pagi (air kencing pertama) kerana hormon HCG adalah tertinggi pada waktu ini. Lakukannya sebelum bersarapan kerana jika anda sudah meminum air, kecairan air...