Kepada mereka yang bakal menghadiri sesi temuduga, berikut beberapa tips yang mungkin boleh membantu.
1. Beberapa hari sebelum hari temuduga, cuba kaji profail syarikat tersebut. Jika menghadiri temuduga untuk kerja di dalam sektor kerajaan, cuba lihat struktur kerajaan.
2. Cuba kaji soalan-soalan lazim yang ditanya oleh penemuduga dan jawapan yang bersesuaian dengan soalan tersebut. Di dalam internet kini, banyak panduan soalan temuduga yang boleh dikaji.
3. Pastikan keperluan semasa menghadiri temuduga mencukupi seperti sijil, resume, dan pakaian yang bersesuaian.
4. Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja. Jangan sesekali memakai jeans ketika menghadiri temuduga.
5. Bagi temuduga kerja sektor kerajaan, wanita perlulah memakai kasut bertutup. Penggunaan alat solekan perlulah sederhana.
6. Ketika hari temuduga, anda seeloknya hadir dalam 30 minit lebih awal daripada masa temuduga yang sepatutnya.
7. Beri salam atau ucap selamat kepada penemuduga ketika masuk ke bilik temuduga. Lontarkan senyuman sederhana.
8. Ketika sesi temuduga dijalankan, hendaklah bersikap tenang dan tidak gementar. Bercakaplah dengan jelas dan jawablah setiap soalan yang diberikan.
9. Pandang mata penemuduga semasa mendengar dan menjawab soalan. Sekiranya perlu gestur pergerakan tangan, biarlah secara sederhana kerana jika keterlaluan, ianya kelihatan seperti kita bercakap dengan kawan.
10. Setelah selesai temuduga, ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan akhiri dengan salam atau ucap selamat.
Selamat berjaya di dalam temuduga anda!
3 berkongsi idea
Alahai IbuNoey kakak ni dah tua hihi... tak ada pergi interview lagi dah
ReplyDeleteTapi interview candidates yg nak minta kerja adalah:)
yg penting kena confident jgn over confident plak kang...haruuu hahahahah
ReplyDeleteNice tip.... JEMPUT SINGGAH YE
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.