NAZIRAN DI PTJ NEGERI

By Permata Malap - 12:00 pm



Minggu depan, empat hari berturut-turut tak ada kat pejabat. Isnin dan Selasa, perlu buat Naziran di PTJ Negeri Melaka. Sambung pula di PTJ Negeri Sembilan pada hari Rabu dan Khamis. Oleh kerana perjalanan ke Melaka mengambil masa hampir sejam, team kami ambil keputusan untuk bermalam di Melaka pada hari Isnin nanti. Hari Selasa, selepas selesai Naziran dan exit conference di PTJ Negeri Melaka, kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur dan akan pergi ke PTJ Negeri Sembilan keesokan hari tanpa bermalam di Negeri Sembilan. 




Kat atas ni, team yang buat naziran di PTJ Negeri Pahang. Sehari sebelumnya, dorang dah pergi naziran di pusat latihan jabatan kami di Jengka. Kenapa kami buat naziran? Memandangkan kami berada di Ibu Pejabat, jadi sedikit sebanyak kami perlu juga memantau keadaan PTJ negeri. PTJ tu membawa maksud Pusat Tanggungjawab. Kami perlu menyemak sejauh mana kepatuhan PTJ dalam peraturan kewangan yang telah ditetapkan. Kalau ada kesilapan tu, kami akan cuba beri penerangan dan mungkin cara mengatasinya semasa exit conference nanti.

Setakat ini, masih banyak lagi PTJ yang belum kami laksanakan naziran untuk tahun ni. Dan masing-masing diberikan PTJ-PTJ tertentu. Macam IbuNoey, selain daripada Melaka dan Negeri Sembilan, IbuNoey akan ikut team lain untuk naziran di Sarawak pula. Jangkaan dalam bulan September nanti. Harapnya tak ada halangan la masa tu nanti. Dan harapnya tak ada halangan juga untuk minggu depan. 


  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. in shaa Allah smga diermudahkan
    semuanya..

    jalan jalan smbl bekerja..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.