TUKAR GUNA TANAH

By Permata Malap - 2:30 pm



Selesai akhirnya kerja penyemakan tanah tukarguna kat jabatan IbuNoey. Pening juga sebab ada dokumen yang tak lengkap. Tapi al-hamdulillah, dalam pada buat semakan, dapat juga belajar sedikit proses yang sebenar-benarnya tentang tukarguna tanah kerajaan ni.

Sesiapa yang kerja kat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Tanah atau mereka yang menguruskan proses pengambilan tanah kerajaan ni mesti dah tau apa tu tukarguna tanah kan. Bagi yang baru masuk dalam bidang ni macam IbuNoey, agak pening juga nak faham prosesnya. So, pada yang diberikan tugas berkaitan tanah ni, mari tengok proses permohonannya ye. Proses ni hanya perlu dilakukan setelah Jabatan korang berpendapat tanah ini sesuai. Kalau rasa tak sesuai tanah tu, carilah tanah lain ye. Dan proses ini cuma untuk Jabatan/Kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan.

1. Kemukakan surat pertanyaan status tanah kepada JKPTG (Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian) Negeri. Kalau tanah tu tanah di Selangor, hantarlah kepada JKPTG Negeri Selangor. Dari sini, kita akan tahu sama ada tanah itu milik individu, milik kerajaan negeri atau milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

2. JKPTG Negeri akan hantar status tanah kepada Jabatan. Jika sah tanah itu adalah tanah milik PTP dan selalunya JKPTG akan beritahu tanah kementerian mana, kemukakan permohonan tukarguna tanah kepada Kementerian masing-masing dan mohon Kementerian panjangkan permohonan kepada JKPTG. Perlu sertakan maklumat seperti nombor hakmilik tanah, no lot, mukim, daerah, keluasan yang dipohon, dan kegunaan tanah kementerian mana pada masa sekarang. Nyatakan juga tanah tu Jabatan nak gunakan untuk projek apa. Contohnya untuk pejabat unit ke, pejabat daerah ke, etc. 

3. Seterusnya, Kementerian kita akan kemukakan permohonan kita kepada Ibu Pejabat JKPTG.

4. Kemudian, JKPTG akan hantar surat kepada Kementerian yang menggunakan tanah itu pada masa sekarang.

5. Selepas dapat respons daripada Kementerian yang menggunakan tanah itu, JKPTG akan hantar surat kepada Kementerian kita dengan menyatakan keputusan permohonan.

6. Last sekali, Kementerian kita hantar pula surat kepada Jabatan kita untuk maklum statusnya samada dipersetujui atau tidak. Jika Kementerian asal yang menggunakan tanah itu bersetuju untuk ditukarguna kepada kegunaan Jabatan kita, maka bolehlah teruskan untuk buat projek. Kalau tak, pergilah cari tanah yang lain ye.

Ok, itu sahaja prosesnya. Nampak macam sikit tak? Proses memang tak banyak sangat kalau nak dibandingkan dengan tanah milik individu dan kerajaan negeri. Tapi kadang nak menunggu respon tu yang lama benar. So, adakalanya ianya boleh drag sampai bertahun. Nak-nak lagi kalau banyak tanah yang dipohon. Jadi amat wajib untuk simpan kesemua dokumen yang berkaitan dan sediakan data yang boleh dirujuk oleh orang lain just in case korang nanti berpindah ke pejabat lain. Kalau tak, kesian kat orang yang gantikan korang tu.

P/S : Entri ditulis untuk rujukan IbuNoey juga. Kalau ada kesilapan dengan proses di atas, boleh maklumkan ye.

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Singgah sini Sis :)

    http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/03/tugasan-01032015-official-photographer.html

    ReplyDelete
  2. memang pening nak uruskan dokumen kerajaan ni. kalau salah buat atau tak lengkap confirm kena reject.

    ReplyDelete
  3. Kalau yg selalu org kata tanah kosong tu macam mana pulak IbuNoey?
    Ada yg mohon lalu jadi tanah lot utk dibina milik/rumah persendirian.
    Mesti ada cara juga yg kakak pun tak faham.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.