NAZIRAN DI JPAM NEGERI MELAKA

By Permata Malap - 10:30 am

Al-hamdulillah, selesai sudah program Naziran di PTJ Melaka dan Negeri Sembilan seperti yang IbuNoey bebelkan di dalam entri DI SINI. Semuanya berjalan dengan agak lancar walaupun agak rushing juga nak buat program ni. Terasa macam tak cukup masa je.

Semasa buat program naziran kat PTJ Negeri, layanan daripada pihak pengurusan di sana memang amat memuaskan. Semua dokumen yang diperlukan telah disiapkan dengan kemas dan teratur. Cuma bila ada penambahan dokumen tu, haruslah team kami meminta bantuan kepada tuan rumah untuk mencari dan memberikannya kepada kami. So far, agak berpuas hati dengan proses kerja kewangan yang PTJ Negeri laksanakan. Kalau ada yang kurang menepati tu, kami berikan penerangan untuk memperbetulkannya.

JPAM Negeri Melaka.



Dihidangkan dengan COCONUT SHAKE. Nyaman...



COCONUT SHAKE Batu Berendam



Setelah selesai naziran selama dua hari di PTJ Melaka, sedikit sumbangan diberikan oleh pihak tuan rumah. 




Program Naziran seperti ini memang best sebab selain daripada dapat menambahkan ilmu, ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. Macam IbuNoey sendiri, dapatlah bersua muka dengan kerani yang bertugas kat PTJ Melaka dan Negeri Sembilan yang selama ini hanya berhubung melalui telefon sahaja. Dan al-hamdulillah, selepas ini lagi mudah nak berurusan kan bila dah kenal.

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Kalau naziran datang, mestilah dilayan dengan baik. Sama jugak kat sini, bukannya apa untuk memudahkan mereka buat kerja.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    senarai pemenang telah diupdate kat sini.
    Thanks for joining=))

    ReplyDelete
  3. Perghhh...memang mengiurkan coconut shake tu.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.