JAGA ADAB SEWAKTU MENGANDUNG

By Permata Malap - 11:30 am

Semalam, IbuNoey join satu sesi perkongsian ilmu anjuran jabatan IbuNoey. Ia diambilkira sebagai satu hari kursus. Tajuk perkongsian ilmu adalah berkisar tentang pengurusan stress. Penceramahnya pula didatangkan dari Hospital Kuala Lumpur.

Nak dijadikan cerita, penceramah adakan satu aktiviti. Setiap peserta diberikan sehelai borang. Ada beberapa kolum yang perlu ditandatangani oleh peserta-peserta lain, bergantung kepada ayat kat dalam kolum tu. Contohnya kolum yang bertulis gagal berhenti merokok. Kita kenalah dapat kan tandatangan peserta lain yang menepati ciri gagal berhenti merokok tu. 

Salah satu kolum tu ada bertulis 'asal dari sabah'. So, kalau ada peserta yang tahu IbuNoey berasal dari Sabah, dorang minta la tandatangan daripada IbuNoey. Dan salah seorangnya, adalah akak sorang ni yang tengah sarat mengandung. Mulanya dia agak confuse sama ada IbuNoey ni berasal dari Sarawak atau Sabah. IbuNoey bagitahulah dari Sabah. So, dia pun minta IbuNoey sign. IbuNoey pun sign la. Lepas tu, adalah seorang lelaki ni (yang boleh kami panggil pakcik) datang kat akak yang mengandung ni.

Nak tahu apa pakcik tu cakap? Pakcik tu tanya kat akak mengandung ni sama ada akak tu dari Sabah. Akak tu jawab gini, "Eh, saya bukan dari Sabah." Okey, kalau baca macam biasa-biasa je kan? Tapi kalau dengar dengan telinga ni, IbuNoey pula yang sakit hati. Kenapa? Sebab nada dia nada kasar tau. Dan berlagak. Itu satu hal. Kedua, lepas dia cakap gitu, dia berpaling muka dari pakcik tu. IbuNoey masih ada berdekatan situ tau. Apa salahnya kalau dia cakap kat pakcik tu yang IbuNoey ni dari Sabah? IbuNoey tengok pakcik tu terus rasa kasihan sebab macam terpinga-pinga tengok reaksi akak yang mengandung tu.

IbuNoey betul-betul tak setuju la dengan cara akak mengandung tu layan pakcik tu. Sedangkan aktiviti tu dijalankan untuk memberi ruang kepada kami berkomunikasi sesama sendiri. Dahlah orang mengandung ni kena jaga adab. Tak tahulah kalau pembawaan budak kan. Tapi rasa tak wajarlah sebab pakcik tu bertanya dengan sopan je pun. Entahlah, mungkin bagi akak tu macam tak sesuai pakcik tu anggap dia dari Sabah. Tak kisahlah kalau tak nak dilabel sebagai orang Sabah tapi jagalah tutur tu.

Entahlah, nak cakap dan marah lebih-lebih, susah juga sebab IbuNoey tak tahu lagi keadaan IbuNoey kalau mengandung nanti. Harap tak macam akak tu la ye. Palis palis kata orang Sabah.

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Kenapa dia tak suka dikata asal dari Sabah? Tak ada sebab kan. Kalau kakak bangga sebab Sabah kan banyak jadi tumpuan pelancung. Ada banyak yg special di Sabah. Dia tak tahu kot IbuNoey. Jgn baby di dalam jadi sama macam ibunya sudahlah...

    ReplyDelete
  2. sabar ye ibunoey..sangka baik je.mungkin dia tgh stress kot takut tak sempat dapat semua sign..saya pernah juga buat aktiviti macam ni. the best n fastest way mengikut trainer saya masa tu dia kata patutnya kita tengok adakah kita salah sorang karakter dalam list tu. pergi dekat orang pastu kita cakap saya adalah sekian sekian, meh saya sign kertas awak. sekarang tanya orang tu dia ada x dlm list, kalu ada minta dia sign. boleh cepat siap dengan kurang kekecohan hehe.

    ReplyDelete
  3. smoga nnti tak marah2.. hehehe

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.