DANCE MARATHON 2015

By Permata Malap - 3:30 pm

anjuran nfk, kumpul dana


Dance Marathon 2015 yang dianjurkan oleh National Kidney Foundation Malaysia (NKF) bersempena dengan World Kidney Day 2015 adalah satu acara yang mana setiap 500 peserta akan menari bersama-sama bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi (29 Mac 2015) di Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall. Penari-penari profesional dari pusat gimnasium yang terkenal, "Celebrity Fitness", akan membimbing peserta.

Objektif acara ini adalah untuk menggalakkan orang awam bersama-sama melakukan senaman melalui tarian dan melakukannya untuk membantu mengumpul dana untuk penderita sakit buah pinggang di bawah kendalian NKF..

Tiada sebarang pemenang untuk acara ini. Acara ini dijalankan untuk mengumpul dana sahaja di samping memberikan kesedaran dan pendidikan kepada orang awam tentang masalah penyakit buah pinggang. Kami mahu semua orang datang bersama untuk bersenam, berpeluh, dan berseronok!

Setiap peserta berdaftar akan menerima sehelai T-Shirt.

Tarikh tutup permohonan penyertaan 21 Mac 2015 atau sehingga penyertaan mencapai maksimum 500 orang peserta.

Untuk borang pendaftaran dan maklumat lanjut, layari www.nfk.org.my atau facebook.com/nfkmy atau telefon 03-79549048 samb.207/218/256.

Aturcara Majlis:
8.00 pagi - 11.00 pagi : Dance Marathon
11.00 pagi - 12.00 tengahari : Peraduan Mewarna Sekeluarga
1.30 tengahari - 2.30 petang : Majlis Penutupan dan  Cabutan Bertuah untuk Perodua Axia

Aktiviti lain :
Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA
Pameran
Permainan 'Spot & Ride'
Persembahan daripada para pelajar Universiti Lim Kok Wing
Photo Booth



  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.