Dalam hidup IbuNoey ni, dah bermacam orang yang IbuNoey jumpa, dah bermacam perangai yang IbuNoey tengok. Ada yang sama macam IbuNoey, ada yang tak sama macam IbuNoey, ada juga yang melebih melampau daripada IbuNoey.
Selalunya memang penat nak melayan ragam orang yang pelbagai ni. Dan yang tak boleh nak tanggung tu kalau ada sikap hasad dengki. Tak bolehlah nak tengok orang lain senang kan. Ada je benda yang nak dibuatnya. Kutuk sana sini, jaja cerita sana sini.
Bukan senang ye nak jadi manusia sempurna. Dan kebenarannya, tak ada pun manusia yang sempurna. Semua ada kekurangan masing-masing. Cuma kalau ada yang tak sedar diri, dia akan pandang diri dia serba sempurna manakala orang lain ada je cacat celanya.
Bukan senang nak puaskan hati orang lain. Kadang ada sebab musababnya kita buat sesuatu tindakan tu tapi orang lain anggap lain pula. Di matanya, ada je yang tak betul. Padahal kadang dia sendiri pun buat jugak. Cuma dia anggap diri dia betul jer. Tu yang tak sedar diri sendiri pun ada buat silap.
Senang cerita, mudahkan hidup sendiri. Biar apa orang lain nak kata. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kadang kalau kita cuba buat juga, ada juga mulut-mulut longkang yang akan cakap tak ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau tak cuba pun susah juga. Ada pula mulut puaka akan cakap pemalas la dia ni... Puncanya, hasad dengki lah.
Well, bagi IbuNoey, kehidupan mesti diteruskan walaupun adakalanya burn-out akan muncul. Kalau dah bosan berhadapan dengan orang-orang sebegini, biarlah dia dan labu-labunya. Orang macam ni tak akan ke mana-mana punya lah. Mungkin dia up sekejap jer. Esok lusa, dia akan berada di tampuk yang lama. Ataupun kejayaan kekal di aras yang sama.
Ingat, kegagalan dan ketidakupayaan bakal memberi ganjaran lebih besar.
2 berkongsi idea
Kalau ikut rentak luncai bimbang akan terjun dgn labu-labunya pulak kan IbuNoey
ReplyDeleteJadi kita ikut rentak kita asal aje tak menyusahkan org dan melanggar hukum-hakam yg ditetapkan.
memang tak berupaya nak puaskan hati orang, janji kita betul disisiNya adalah yang lebih indah,singgah pagi ke sini ibu noey :) salam ukhwah.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.