Entri ini bukan berniat untuk mengumpat atau mengata hal orang lain. Ia sekadar peringatan buat kita semua, sama ada yang telah berkahwin, bakal berkahwin, ataupun yang masih belum terfikir nak kahwin.
Nak dijadikan cerita, IbuNoey menerima keluhan dari salah seorang sepupu IbuNoey. Nak kata sepupu tak lah sangat sebab mak dia dan arwah mak IbuNoey sepupu. So kami ni kiranya dua pupu la kan? Ok, berbalik kepada keluhan sepupu IbuNoey. Katanya, dia cukup geram dengan perangai salah seorang birasnya yang sering berjanji tetapi sukar nak buat. Kalau setakat berjanji dengan ipar duai tak pe juga, ni siap berjanji dengan mertua.
Sebenarnya, IbuNoey kenal dengan biras sepupu IbuNoey ni. Tapi tak la kenal sangat, sekadar tahu serba sedikit tentang perangainya. Tentang perangai berjanji tetapi tak ditepati tu, IbuNoey tak tahulah pula.
Menurut cerita sepupu IbuNoey ni, birasnya tu memang kerap berjanji dengan mak mertua dorang. Konon nak berpindah ke kampung mertua dorang la, nak balik kampung la, nak bersalin kat kampung mertua dorang la. Tapi bila hampir sampai masanya, mulalah bagi alasan. Kata suami tak dapat cutilah, kata pegawai masih tak luluskan perpindahan suamilah, kata doktor tak bagi naik flight la. Pendek kata, ada je alasan untuk mungkir janji.
Dan baru-baru ni berjanji nak bersalin anak ketiga kat kampung mertua dorang. Itupun kata sepupu IbuNoey, entahkan jadi, entahkan tidak. Yang membuatkan sepupu IbuNoey ni mengeluh sebab dia kesiankan mak mertuanya. Memanglah mak mertua dorang tak pernah mengeluh di depan sepupu IbuNoey tapi sepupu IbuNoey tahu kekecewaan mak mertuanya yang selalu berharap.
Lepas tu, setiap kali hari raya, sebelum puasa, janji nak balik kampung mertua dorang. Tapi sampai masa, hanya sepupu IbuNoey tu je yang balik kampung mertua dorang. Biras sepupu IbuNoey pula, macam biasalah bagi alasan berbakul-bakul. IbuNoey tanya juga kat sepupu, macam mana dengan ipar sepupu (suami biras) tu, takkanlah tak buat tindakan apa-apa. Sepupu IbuNoey terus cakap, ipar dia tu memang lebih senang ikut cakap isteri. Tu yang biras dia tu perangai macam tu.
Dalam hal ni, IbuNoey hanya mampu mendengar keluhan sepupu IbuNoey tu. Nak bagi nasihat, tak reti la pula. Cuma, IbuNoey cakap kat sepupu, jangan ikut jejak langkah birasnya tu. Kalau dah berjanji dengan mertua, sedaya upayalah tunaikan. Sebab mertua ni ibarat ibubapa kita sendiri yang wajib kita hormati dan sayangi. Jangan sesekali berjanji tapi tak tepati. Memanglah adakalanya ada sedikit perangai mertua yang mungkin kita tak berkenan tetapi jangan sampai menafikan hak mereka untuk dihormati. Esok lusa, kita pun bakal ada menantu. Fikirlah, apa perasaan kita nanti jika bakal menantu buat benda yang sama kan?

0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.