Masuk anak kedua, IbuNoey beranikan diri berpantang sendiri di Kuala Lumpur. Maklumlah, kononnya dah ada pengalaman sedikit. Tapi risikonya, pantang macam tak pantang dah la. Kalau berpantang di rumah mak mertua sebelum ni, memang kena tegur kalau pasang kipas kuat-kuat, kalau tak pakai sweater, tak pakai bengkung. Pendek kata, memang pantang betul la. Bila dah berpantang sendiri, mulalah ada je benda yang diabaikan. Sebab mengejar masa dan tak cukup tangan kut.
IbuNoey teringat, dulu selalu arwah mak IbuNoey pesan kat akak-akak ipar supaya berpantang dengam cara yang betul. Kata arwah, kalau tak, nanti muda-muda lagi dah tak larat. Badan dah tak kuat. Sana sini sakit. Walaupun keguguran pun kena berpantang juga. Urut tu paling penting.
Dan kini IbuNoey akui kebenaran kata-kata arwah mak IbuNoey tu. Sebab kebelakangan ni, IbuNoey selalu sangat kena sakit urat bila makan makanan yang berangin. Nak kata demam biasa, tak juga sebab suhu normal tapi badan lenguh yang amat sangat sampai tak larat nak buat apa-apa aktiviti pun. Biasanya ia akan berlanjutan sehingga hari kedua. Masa dua hari sebelum tahun baru cina baru-baru ni, IbuNoey baru je terkena sakit urat. Puncanya seingat IbuNoey hanya kerana IbuNoey makan sayur kacang panjang yang dibeli dari kedai makan dekat ofis IbuNoey. Padahal selalu juga makan sayur tu sebelum ni.
Kes sebelum tu pula berpunca daripada minum susu Dutch Lady yang disejukkan di dalam peti ais bawah. Itu je pun tapi kesannya menggigil bawah selimut. Ambil masa dua hari juga lenguhnya. Lepas tu, masa makan sayur daun pucuk ubi. Kawan yang tolong belikan tu tersilap beli. Jadi dia pesan janganlah makan. Tapi IbuNoey degil. Nak juga makan. Banyak pula tu. Esoknya, memang down la.
Oleh kerana kerap sangat sakit urat, IbuNoey mengadulah kat kakak kandung di Sabah tu. Katanya, memang itulah kesan daripada berpantang sambil lewa. Jadi, dia sarankan supaya IbuNoey pergi cari bidan yang pandai mengurut. Biasanya dorang boleh tahu tu apa masalah sebenarnya. Okey, IbuNoey setuju dengam pendapatnya.
So, kepada yang nak berpantang sendiri tu, fikir-fikirkan sebaiknya. Berpantang di rumah sendiri tak pe tapi biarlah ada yang membantu. Jangan sampai terlewat makan, kurang bertungku, lambat berurut. Mungkin sekarang boleh la rasa semua boleh lakukan sendiri. Esok lusa bila dah meningkat umur tu, dah mengah naik tingkat satu. Hehehe. Apa-apa pun, masing-masing punya pendapat. Tapi baik beringat sebelum kena, kan? Kalau yang dah tak de pilihan selain berpantang sendiri tu, tak boleh nak kata apa la kan.

4 berkongsi idea
Setuju apa yg dipaparkan dlm N3 ini.
ReplyDeleteJgn ambil sambil-lewa bab berpantang sebab kesanya sendiri yg menanggung.
tu la,kak..nanti upcoming,kena berpantang betul-betul ni.
Deletefifi.. yg sulong pantang dgn atuk.. kedua pantang sendiri.. tp betul.. klu pantang sendiri.. mesti ade terlambat mkn.. semue terlambat..
ReplyDeletehehehe..tu la pasal.nak buat cepat-cepat pun tak boleh sebab badan masih agak lemah kan.
DeletePendapat anda amat dihargai.