SAYANGI ANAK SEADILNYA

By Permata Malap - 10:00 am

Baru-baru ni, IbuNoey ditakdirkan bertemu semula dengan adik angkat (semasa sekolah menengah) melalui Facebook. Perbualan kami bersambung melalui Whatsapp. Untuk pengetahuan, adik angkat IbuNoey ni agak serius dan pendiam orangnya. Jadi kalau yang belum kenal dia, mungkin orang fikir dia sombong. Tapi tak pun sebenarnya.

Melalui cerita kami, dia kini sedang mengandungkan anak ketiga. Due dalam 4,5 bulan lagi. Beberapa hari lepas, dia ada mengadu sesuatu kepada IbuNoey berkenaan anak sulungnya. Maaf, bukan IbuNoey nak menceritakan hal orang lain. IbuNoey sekadar ingin berkongsi dan moga menjadi pengajaran untuk kita semua nanti.

Kisahnya begini. Satu hari, dia dan anak-anak beserta suami pergi keluar makan. Selepas selesai makan, dalam perjalanan pulang ke rumah, suaminya ada memberitahunya sesuatu berkenaan anak sulung mereka. Tapi, adik angkat IbuNoey ni tak percaya. Jadi suaminya pun tunjukkan bukti. Berikut situasi (lebih kurang) semasa di dalam kereta iaitu perbualan antara suami adik angkat dan anak sulung mereka.

" Abang sayang siapa?" Tanya suami adik angkat IbuNoey kepada anak sulung mereka.
"Abang sayang Papa, sayang Adik." Jawab anak sulung.
"Papa sayang siapa?" Tanya suaminya pula.
"Sayang Abang, sayang Adik." Anak sulung menjawab.
"Mama sayang siapa?" Duga sang suami.
"Sayang Adik," jawab si anak, laju.
"Abang tak sayang Mama?" Tanya suami adik angkat kepada anak sulung.
"Mama sayang adik. Abang sayang Papa, sayang adik. Papa sayang Abang. Abang sayang Papa. Mama sayang Adik je."

Dengan membaca perbualan di atas, agak-agak sebagai seorang ibu, anda sentap tak? Mungkin ya, mungkin tak kan. Tapi bagi adik angkat IbuNoey, dia memang sentap dengan kata-kata anak sulungnya itu. Kenapa? Sebab dia tahu dia ada buat silap. Dan kisahnya tak berakhir di situ. Dalam hari yang sama, sebelah malam iaitu semasa mereka nak tidur, situasi perbualan berikut pula terjadi.

"Abang sayang Mama tak?"Tanya adik angkat IbuNoey kepada anak sulungnya. Si anak sulung memandang adik angkat IbuNoey.
"Sayang Papa," jawab si anak lalu memandang suami adik angkat IbuNoey. Adik angkat IbuNoey tak puas hati dan cuba bertanya soalan yang sama sekali lagi. Namun jawapan tetap sama malahan dengan nada lebih tegas lagi.

Kalau dinilai daripada situasi di atas, pasti ramai yang menganggap ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan antara adik angkat IbuNoey dan anak sulungnya. IbuNoey pun macam tu juga. Tapi demi tak nak terburuk sangka, maka IbuNoey beranikan diri untuk tanya sejauh mana eratnya hubungan mereka anak beranak.

Dan...

Bersambung di entri SINI.


.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. SUSPEN..hehe. Pendiam & serius..saya pun jenis mcm tu..tp kebanyakkan yang kata saya sombong ;D

    ReplyDelete
  2. anak sulung terasa.. kena cepat2 ambil hati semula.. anak umur berapa? kalau kecil lagi.. inshaAllah sekejap je tu..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.