SAYANGI ANAK SEADILNYA PART 2

By Permata Malap - 10:00 am

Bersambung dari entri SINI.

Dan seperti yang diduga, adik angkat IbuNoey mengaku yang dia dan anak sulung tidak berapa rapat jika dibandingkan antara anak sulung dan suami adik angkat IbuNoey. Kiranya anak sulung lebih rapat dengan Papanya. IbuNoey tanya la, kenapa pula boleh timbulnya perkataan, 'sayang adik je'?

Adik angkat IbuNoey bagitahu sejak dia mula mengandungkan anak kedua, dia mula menjarakkan diri dengan anak sulungnya. Katanya tak de la sampai tak endah langsung. Cuma kebanyakan urusan berkaitan anak sulung, suami dia yang buatkan. Basuh berak, pakai baju, tukar pampers, buat susu, tidurkan. Hanya jika suaminya tiada di rumah, baru la dia yang uruskan. Malah ketika tidur pun, anak sulungnya akan tidur di sebelah suaminya. Katanya sebab anaknya agak 'buas' ketika tidur, selalu tertendang perutnya yang tengah memboyot.

Dan jarak tu semakin bertambah bila lahirnya anak yang kedua. Kerap katanya dia marahkan anak sulungnya itu sebab mengusik anak keduanya. Tapi dia kata dia perasan juga, adakalanya anak sulungnya akan buat hal jika adik angkat IbuNoey ni beri perhatian pada anak kedua. Dan bila mengandungkan anak ketiga ni, lagilah kurang perhatian diberikan kepada anak sulungnya. Dia sedar dah jarang benar dia peluk sayang, peluk cium anak sulungnya. Mungkin kesemua itu la punca timbulnya perkataan itu.

Lepas tu, adik angkat IbuNoey tanya la, apa yang patut dia buat sekarang ni. Sebab dia memang rasa menyesal dan terasa dengan kata-kata anak sulungnya itu. 

IbuNoey ni tak la pakar bab motivasi pengurusan keluarga dan anak-anak ni. Tapi untuk memberi sedikit rasa tenang kepada dia, IbuNoey cuma cakap begini.

'Dik, tak pe la. Bersyukur la juga sebab sekurang-kurangnya masih ada perkataan sayang untuk Papa dia. Itu bermakna dia masih lagi dapat merasai kasih sayang dalam keluarga kamu. Dan bersyukur juga sebab adik diberi peluang segera untuk mendengar luahan anak sendiri walaupun secara kiasan. Daripada sesetengah orang yang hanya mampu menyesal selepas anugerah Allah itu ditarik kembali. Adik tau kan anak itu adalah anugerah Allah yang tiada nilainya. Jadi selepas ni, cubalah ubah kembali cara layanan terhadap anak-anak. Berlaku adil la. Jika anak-anak perlukan perhatian, berilah sesegera yang mungkin. Mungkin boleh cuba ambil satu masa untuk diluangkan hanya dengan anak sulung. Jangan lupa, jika adik suka memeluk anak kedua, peluklah juga anak sulung itu. Dengar setiap butir bicaranya.'

Itu sahajalah yang mampu IbuNoey balas kepadanya. Nak beri tips lebih, IbuNoey sendiri pun masih belum boleh dikategorikan sebagai Supermom sebab masih banyak lagi kelemahan IbuNoey yang perlu diperbaiki.

Mungkin cerita ini sekadar cerita biasa. Tapi IbuNoey percaya, di luar sana pun ada juga mengalami keadaan yang sama. Cuma harapan IbuNoey, tanganilah dengan segera. Sebab kalau dibiarkan, boleh jadi parah. Bagaimana dengan pendapat anda?

  • Share:

You Might Also Like

1 berkongsi idea

  1. Allah hu akbar.. nk jaga hati ank mmg susah.. nk kembalikan gap tu pon susah.. tp percayalah.. antara ibu dan ank.. pasti ada bonding yg sukar difahami.. inshaAllah.. semuanya akn kembali seperti biasa

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.