MEE TARIK WARISAN ASLI MANTAP!


Hari Ahad minggu lepas, IbuNoey ajak AyahMal makan di Mee Tarik Warisan Asli di PV128, Setapak sekali lagi. Uik? Sekali lagi? Ahahaha. Untuk pengetahuan, ini adalah kali yang keempat tau. Rasa puas hati dengan makanan-makanan kat sana. Tu yang berkali-kali nak pergi tu.



Apa yang bestnya kat sini, kita boleh tengok mee tarik tu ditarik secara live tau. Rasa seronok tengok dorang buat kerja. Setahu IbuNoey, tukang tarik tu memang berasal dari China. Dan of course la Cina Muslim.



Kami suka pilih tempat duduk yang dekat dengan kaunter air ni. Dekat sikit nak tengok orang yang tarik mee tarik tu.



Kali ni, IbuNoey ajak sekali adik lelaki. Dia leka tengok tukang tarik mee tarik tu. Firas pula macam biasalah. Layan mainan dulu.



Ini antara budak kecil yang gemar makan nasi goreng kat sini. Nasi Goreng Telur je pun. Tapi rasanya sedap tau.



Ahahaha. Banyak benar order ye. Tapi tengok harga pun berpatutan kan?




Ok, air dan nasi goreng dah sampai. Tapi nasi goreng, AyahMal makan sikit-sikit sambil suap anak-anak. Milo suam pula of course la untuk IbuNoey. Masih pantang minum minuman berais la konon.



Nasi goreng telur untuk budak berdua. Firas makan sikit jer. Farhan makan banyak. Tapi lagi banyak AyahMal makan.



Ini makanan yang adik lelaki IbuNoey order. Nasi putih Ayam Cendawan. Ada rasa pedas berherba gitu. Sedap gak.



Ini makanan yang AyahMal order. Mee sup. Tapi AyahMal makan sikit jer sebab dah kenyang belasah nasi goreng. Bakinya masuk perut adik lelaki IbuNoey la.



Ini tentulah makanan yang IbuNoey order. Mee basah daging bersama fungus. Adeh, terliur lak nak makan lagi.



The most top favourite, Toothpick Lamb. Sedap oo. Sekali makan, pasti nak lagi. Dan ini adalah salah satu sebab mengapa IbuNoey suka datang ke Mee Tarik Warisan Asli ni. Rasanya unik sebab ada rasa herba-herba gitu.


So, kepada yang dah berminat tu, ni alamatnya ye:

Mee Tarik Warisan Asli Cawangan Setapak,
No. 1-G PV128 , 
JALAN GENTING KLANG 
53300 KUALA LUMPUR 
Waktu Operasi : 11pagi-11malam

Jom pakat-pakat pergi...
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
3 Komen untuk "MEE TARIK WARISAN ASLI MANTAP!"

wajib terjah ni. cambest je. hehe

menu kita sama..
toothpick lamb mmg best
skali j pnh try itupon dkt sg besi
in shaa Allah lps ni nk try yg dkt setapak tu pulak.

Mee fungus tu nampak sedap, turun KL leh try ni....;-)

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia