Nak tanya ni, korang pernah tak beratur di barisan Kaunter Ekspres atau Express Counter kat pasaraya? Agak-agak, berapa jumlah barang yang ada dalam troli atau bakul korang? Kalau berpandukan gambar di atas, agak-agak kalau ada 20 barang, anda beratur tak kat Kaunter Ekspres tu? Apa, beratur je? Ahahaha, jangan gitu tuan puan. Kan dah terang lagi bersuluh hanya untuk 15 barang dan ke bawah.
Sayangnya, memang begitulah yang terjadi kat pasaraya. Kadang kita ni punyalah nak cepat balik rumah sebab nak masak. Tapi disebabkan ada beberapa barang yang tak mencukupi, menapaklah ke pasaraya dan ambillah barang-barang yang perlu. Tak banyak pun, dalam tiga empat barang je. Sebab barang tak banyak dan dari kejauhan boleh nampak ada Kaunter Ekspres untuk 8 barang dan ke bawah, cepat-cepatlah ke kaunter.
Tapi malang dan sadis, setibanya di kaunter, di hadapan kita ada pula insan yang sangat bertuah ni yang sedang melatakkan barang-barang satu demi satu di kaunter ekspress dengan jumlah yang melebihi 10 barang. Berasap tak? Terus-terang kalau IbuNoey nampak insan bertuah ni, memang berasap dan berhangin la. Walaupun barangnya kecil-kecil belaka, tapi Cashier perlu scan lebih daripada 10 kali juga kan. Kita yang selayaknya dan terkejar-kejar ni terpaksa menunggu kat belakang. Masa itu emas wei. Lagilah kalau barisan tu punyalah panjang berderet-deret.
Yang Cashier pun satu hal. Cuba bahasakan sikit insan bertuah tu. Kan dah terang kaunter yang korang jaga tu adalah kaunter ekspres. Kalau risau nak bahasakan, cuba scan sahaja jumlah barang yang maksimum untuk kaunter ekspres tu. Contohnya kalau hanya dibenarkan 8 barang dan ke bawah sahaja, scan 8 barang je la. Selebihnya tu, insan bertuah tu perlu beratur lagi semula kat belakang. Hah, barulah insan bertuah tu kena setepek.
4 berkongsi idea
kan kekadang kita nak cepat kena laa menunggu plak.. pernah just nak beli 2-3 barang jer.. kena laa beratur jugak..
ReplyDelete0o, xpenah pulak sy alami benda macam nie..tp kalau time tu tengah nk cepat, berangin jugak la kot rasanya..hihi
ReplyDeletedah pernah kena macam tu.. sakit hati la jugak..
ReplyDeleteorang Malaysia memang tak pandai ikut peraturan. dah terang terang barang mesti bawah 15 nak juga beratur kat situ walaupun barang dah lebih 15.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.