MINI GIVEAWAY INTAN BERLIAN

Al-hamdulillah, al-hamdulillah. Hadiah sempena menang Mini GiveAway #33 anjuran kak Intan Berlian (nama sebenar Zarina) telah pun selamat sampai di tangan IbuNoey. Teruja sangat tau bila dapat sampul ni. 

pejabat pos, Kementerian Pertahanan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Tapi kan, bukan senang nak sampai benda ni kat tangan IbuNoey. Kenapa pula? Sebab bungkusan ni sampai ke pejabat sebelah iaitu Kementerian Pertahanan. IbuNoey ni duduk kat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Tapi mungkin ada kekeliruan dengan nama 'Pertahanan', maka ianya tersasar ke sebelah.

Kalau dulu, IbuNoey just letak nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia jer, tak letak JPAM dalam kurungan tu. Tapi bila pernah tersasar sekali, IbuNoey ambil inisiatif letak perkataan JPAM dalam kurungan untuk mengelakkan kekeliruan pada Encik Posmen. 

Malangnya, masih juga ada kekeliruan di situ. Ahah, tak boleh nak buat apalah kan. Mujurlah orang kat Kementerian Pertahanan tu rajin serah semula ke JPAM. Eh, ye ke. Atau orang Kementerian Pertahanan serah balik kepada Encik Posmen ni? 

Tapi syukurlah sampai juga di tangan ni. Kalau tak, kempunanlah nak dapat hadiah comel dari kak Intan Berlian ni. 


intan berlian, hadiah dari kak intan berlian
Inilah hadiahnya. Comel kan? Ada 24 jenis warna tau. Banyak tu. Yang ni sudah semestinya menjadi milik Firas. Tapi Farhan boleh tumpang sekaki kut. Hehehe.




Terima kasih banyak atas hadiahnya, kak Intan Berlian. Korang yang tengah baca entri ni, jom lah terjah blog kak INTAN BERLIAN. Blog dia ni memang sentiasa gojes gitu. Banyak tips yang dia kongsikan terutama tentang parenting. Dan semasa IbuNoey baru mula berblog, kak Intan Berlian antara bloggers yang menjadi inspirasi IbuNoey. Terima kasih sekali lagi, kak Za..
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
6 Komen untuk "MINI GIVEAWAY INTAN BERLIAN"

Pusing mana pun benda tu kalau dah rezeki IbuNoey ia tak akan kemana kan. Itu dikatakan rezeki dtg bergolek. Tapi kakak rasa yg paling happy siapalah agaknya nampak ibu dpt hadiah tu? Kakak dpt bayangkan nampak aje hadiah tu terus dia cari buku utk mewarna kan..kan..:)

Wah...untung kan...SA pun buat segmen top komentator kat blog...tp dh nak announce pemenang march..meh la join utk april...

tahniah dpt mini gaveaway...ibunoey org sbh rupanya..

Alhamdulillah... dapat jugak yer walaupun tersalah hantar..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia