SCAMMER KURANG AJAR

By Permata Malap - 12:30 pm

sms tipu, scammer sms, menang shell tipu



Minggu lepas, IbuNoey terima satu sms seperti printscreen di atas. Sebenarnya, dan banyak kali dah terima macam ni. Tapi entah kenapa hari tu terasa nak tahu macam mana penipu ni menjalankan operasinya.

So, IbuNoey pun call number 014-8587675 tu. Ada la seorang lelaki angkat  telefon. Loghatnya macam Indonesia. For sure la sebab sebelum ni pun memang ada yang cakap yang penipuan sebegini didalangi oleh orang luar.. 

Masa bercakap dengan lelaki ni, memang suara dia agak slow. Mungkin sebab nak cover loghat dia tu. Hehe. Masa tu, nak je tanya dia, kenapa suara macam Indonesia sedangkan daripada pihak Shell katanya. Tapi demi meneruskan pembongkaran dan taktik dia, IbuNoey layankan jer.

Di awal perbualan dia bagitahu la yang SimCard IbuNoey berjaya memenangi wang tunai daripada Shell berjumlah RM30,000.00. Lepas tu, dia suruh IbuNoey check lawan web seperti yang tertera di bawah sebagai bukti memang IbuNoey berjaya memenangi hadiah tu.

Dalam pada percubaan membuka lawan web yang dia maksudkan, IbuNoey sempat bertanya kenapa Shell tak minta call nombor ofis. Selambanya dia jawab inilah nombor telefon ofis. Tak logik sangat Shell guna nombor telefon bimbit kan.

Lepas dah buka laman web di bawah ni, dia suruh check ada tak nombor siri 8812334. IbuNoey semak memang adalah kan. Menang hadiah RM30,000.00 kononnya. So, dia pun cakap untuk membolehkan IbuNoey memang hadiah tu, IbuNoey perlulah aktifkan nombor siri kemenangan tu. Dan untuk aktifkan nombor siri kemenangan tu, IbuNoey kena pergi ATM dahulu kemudian call dia semula untuk proses seterusnya. Dia kata dia tak perlukan nombor akaun atau nombor kad, IbuNoey hanya perlu pergi ke ATM. Lepas tu, dia tanya IbuNoey ada kad bank apa. IbuNoey jawab ada banyak. Lepas tu, dia tanya pula Maybank ada tak? IbuNoey kata ada.

www.shellbhd.co.vu tipu, penipuan, scam, peraduan shell palsu


Kemudian, bermulalah sesi soal siasat daripada IbuNoey. IbuNoey tanya dia, kenapa lawan web Shell ni pelik ada co.vu? Tapi dia alih perbualan kepada hadiah yang IbuNoey menang. Berikut beberapa sesi soal siasat daripada IbuNoey kepada si penipu ni.

"Kenapa saya perlu ke mesin ATM ye?"
"Ini untuk memudahkan puan aktifkan nombor siri tu."
"Ye ke ? Bukan Shell masukkan terus ke dalam akaun ke? Sebab sebelum ni, saya pernah menang peraduan Shell juga. Tapi tak pula orang Shell suruh saya pergi ke mesin ATM. Paling kuatpun dorang minta nombor akaun dan terus masukkan duit dalam akaun saya."
"Itu peraduan lain, puan. Ini peraduan baru."
" Okey, tak pe. Kalau macam tu, awak bagitahu dulu saya apa proses seterusnya selepas saya dah sampai di mesin ATM."
"Tak, puan perlu pergi mesin ATM dulu. Lepas tu, telefon saya. Nanti saya bagitahu proses untuk aktifkan nombor siri."
"Takpe, awak bagitahu saya dulu proses seterusnya. So, nanti saya akan buat bila saya dah ada kat depan mesin ATM nanti."
"Kalau macam tu, tak payahlah puan menang."

Guess what? Penipu tu terus letak telefon. Lepas tu, IbuNoey call dia semula. Dia angkat. IbuNoey tanyalah, kenapa letak telefon? Dia cakap sebab dia malas nak layan orang yang cerewet. Aik, siapa yang cerewet nih? Tanpa buang masa, IbuNoey cakap kat dia, awak tak nak layan sebab awak tipu kan? Hah, lepas tu, keluar belang dia. Dia maki hamun IbuNoey. Cakap benda-benda lucah. Lepas tu, IbuNoey sajalah cakap yang IbuNoey ni kerja sebagai polis dan akan track dia sampai dapat. Tapi tak makan saman punya orang juga.

Walaupun dimaki hamun tapi IbuNoey puas sebab dah tahu taktik operasi dia. Rupanya macam ni lah abang ipar IbuNoey pernah terkena. Lesap duit dalam bank sebab penipuan sebegini. So, IbuNoey pesan, kalau ada terima pesanan seperti ni, jangan sesekali percaya ye. Kalau setakat nak sakat si penipu ni macam yang IbuNoey buat, boleh jer. Ahahaha. Lepas ni, kalau dapat sms macam ni lagi, rasanya nak soal siasat sekali lagi.

Agak-agak nak report kes sebegini kepada siapa ya?

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. Hihi... baru padan muka dia IbuNoey. Suka juga kakak baca sebab macam puas hati juga dpt mainkan dia balik. Dia ingat semua org bodoh agaknya...

    ReplyDelete
  2. Seronok jgk main2 kn diorg. Ygn smpai terkena sudah.hahaha.

    ReplyDelete
  3. Hmm , bahaya la ibunoey , saya pernah call , saya layankan je , dye nak no kad , saya bagi tapi salah , dye nak no pin kad mybank saya bagi tapi no salah , dye dengar je taw , dye ikot je , sekali saya cakap la , en tolong cek kan baki dalam bank saya dah masuk gaji ke belum , hahahha dye pura2 kata dah masuk , padahal 3 hari lepas dh masuk , pastu emma main2kan dye , smpai terkantoi , last2 dye maki emma , 1 je emma cakap , Ade aku kesah .. hahahha padan muke kawww

    ReplyDelete
  4. bahaya2 . kantoi menipu dah maki hamun pulak kan

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.