MELAYU PEMURAH

By Permata Malap - 10:30 am




Macam-macam cara yang orang buat untuk dapatkan duit kan. Sanggup menipu, memperbodohkan orang, mengambil kesempatan, mempergunakan orang lain. Siapa pernah alami keadaan di atas?

Masa IbuNoey baca komen-komen orang berkenaan kes ni, ada segelintir yang mempersoalkan, "Kenapa nak bagi juga duit tu walaupun dah rasa tertipu." Ya, memang la senang nak bercakap kalau bukan diri sendiri berada di dalam situasi tu. Cuba berada dalam situasi tu, mungkin diri sendiri pun hulur tanpa sedar.

Sebenarnya, kalau IbuNoey tengok, ni semua kerana sikap orang Melayu sendiri. Aishhh, bukan nak condemn orang Melayu. Tapi tu la, Melayu ni dikurniakan sifat pemurah. Jadi kadang bila berdepan dengan situasi sebegini, kita kadang tu tanpa sedar, main hulur je la. Walaupun kadang kita rasa macam tertipu. IbuNoey sendiri pernah ceritakan bagaimana IbuNoey tertipu pada entri SINI kerana rasa kasihan pada orang yang susah dan meminta bantuan kita.

Dan satu lagi, kadang bila kita berhadapan dengan situasi ni, kita mungkin tak boleh nak berfikir panjang kerana pada masa tu, kita sebenarnya ada hal lain yang sedang berlegar di fikiran. Contohnya, pada masa tu, kita tengah berfikir nak balik cepat dan sedang tercari-cari mana satu bas yang perlu dinaiki. Tiba-tiba situasi ni muncul. Kita pula dengan rasa kasihan, layan je mereka. Tapi fikiran masih lebih kepada bas yang perlu dinaiki. Penghujungnya, kita baru rasa tertipu setelah berada di dalam bas dan menyesal. Tapi yelah, nasi dah menjadi bubur.

Kadang bila kita dah terkena sekali pun belum tentu kita akan beringat untuk kali seterusnya. Sebab mungkin situasi agak berbeza. Dalam entri di SINI, IbuNoey ada tunjukkan sesuatu untuk membantu orang OKU. Tapi bila melihat keadaan di atas, IbuNoey terasa seperti tertipu dengan OKU tu. Macam ada sedikit persamaan tetapi modus operandi berbeza. Tapi tak apalah, IbuNoey halalkan. So, lihat, walaupun sebelum ni pernah ditipu tapi belum tentu pada masa akan datang, kita boleh beringat.

Cuma, kalau boleh lepas ni, kurangkanlah rasa kepercayaan tu. Kalau boleh, tengok segala dokumen-dokumen yang berkaitan. Kalau tak ada masa nak tengok semua tu kerana fikirkan hal lain, tolaklah permintaan mereka secara baik-baik. Minta mereka mencari bantuan orang lain. Dan IbuNoey sendiri, in shaa Allah akan cuba buat sebegini. Harap selepas ni, tak adalah kena tipu lagi ye...

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. duit bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.yang penting usaha nak dapatkan duit tu biarlah dengan keberkatan.

      Delete
  2. Yup, org melayu mmg pemurah.......;-)

    ReplyDelete
  3. buat cakap akak. orang Melayu ni terlalu pemurah sehingga mudah tertipu. tapi ada juga kes sebab malas nak layan penipu tu, dia bagi je duit asalkan penipu tu pergi segera. akibatnya orang Melayu kena tipu.

    Nota : akak, nape akak tak cakap yang akak letakkan blog saya dalam bloglist akak? terima kasih ye kak. saya akan letakkan blog akak dalam bloglist saya sesegera mungkin ye. terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.